RSS

~Aku & AA Amour ~

Aku & AA Amour masih bersama
tetapi hubungan kami agak dingin
dan kami bertengkar lagi apabila aku menyatakan hal ini dengan AA Amour
katanya semuanya adalah berpunca dari sikap aku
Aku yang menyebabkan hubungan kami menjadi seperti ini
Aku agak berkecil hati apabila dia menyatakan begitu
Aku hanya mahukan perhatian darinya
Dan kini aku merasakan seperti AA Amour jauh dari aku
AA Amour hanya akan sms aku untuk menyatakan 
dia sudah sampai di office, dia sudah di rumah dan selamat malam
tiada lagi untuk kami berkongsi cerita, masalah @ kerja masing-masing
semuanya telah berubah
aku pun seperti telah hilang rasa ingin bertanya @ bercerita masalah dengan AA Amour
sedangkan sebelum ini AA Amour adalah pendengar setia  & penasihat semua masalah aku 
tidak kira masalah keluarga, kawan-kawan @ kerja aku
Kini aku akan sms AA Amour hanya mengikut rentak AA Amour
bukanlah kerana aku tidak berminat untuk mengetahui mengenai AA Amour
ini kerana aku tidak mahu hubungan kami menjadi semakin keruh
dan mungkin adalah lebih baik aku hanya mengikut rentak AA Amour dalam perhubungan ini
mungkin AA Amour mahu aku jadi seperti ini
seperti orang yang tiada perasaan, hanya mengiyakan dan berdiam sahaja
Itulah aku kini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Hate This Part ~

Segalanya telah menjadi kenyataan
Bukan mimpi lagi...kenyataan..
Hubungan kami berakhir tanpa aku jangka
AA Amour menyatakan tidak perlu lagi untuk kami bersama
katanya aku hanya mendesak dirinya dan menyakitkan hatinya
Aku hanya inginkan perhatian dari AA Amour
tidak lebih dari itu
Namun kenapa AA Amour merasakan aku mendesak
Salahkah aku???
Tapi..tiada apa lagi yang dapat aku lakukan
walaupun aku tidak sanggup merelakan perpisahan ini
tetapi aku harus terima andai ini adalah kesudahannya
dan aku harus belajar menerima hakikat AA Amour tidak lagi bersamaku
~ THE END ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ MIMPI~


Perkara yang paling aku takut untuk berlaku akhirnya terjadi juga
Aku menerima email dari AA Amour yang mengatakan 
bahawa hubungan kami berakhir dengan alasan ada sesuatu terjadi keatas "DIA" 
dan mereka akan berkahwin
AA Amour mengatakan hubungan kami adalah satu kesilapan
dan aku amat kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku 
Aku tidak bersedia untuk menghadapi saat2 seperti ini 
walaupun pada awal hubungan kami aku memang tahu akan risikonya
Tapi aku tidak menjangka perkara ini akan terjadi secepat ini
Tapi aku harus menerima hakikat bahawa AA Amour bukan lagi milikku
DAN SEGALANYA TELAH BERAKHIR

ITULAH MIMPI YANG AKU ALAMI MALAM TADI
MUDAHAN-MUDAHAN IANYA TIDAK AKAN MENJADI KENYATAAN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ Progress ~

BabyWitch is in PROGRESS...
 
BabyWitch akan kembali membuat coretan samaada suka maupun duka
segalanya akan diluahkan.

...Will Back Soon...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS