RSS

....

Entry kali nie...xde tajuk..
sebab aku pun tak tahu nak tulis tajuk apa...
apa yang aku akan katakan di sini adalah apa yang aku rasa sekarang ni..

2 hari lepas aku menerima berita sedih 
bahawa aku telah gagal lagi...
untuk kali yang keduanya..
mungkin aku tidak layak untuk berada di kedudukan itu..
atau 
macam yang pernah dikatakan oleh kawan aku si "mini cooper"
"ANYTHING HAPPEN FOR A REASON"
dan kini 
aku telah menerima semua yang terjadi sebagai takdir hidup

DAN HARI INI,
aku masih lagi sedih, bukan kerana apa yang telah berlaku pada 2 hari lepas
TETAPI
apa yang telah berlaku pada pagi tadi di rumah
Salahkah apa yang aku lakukan???
Tiada niat di hati aku untuk menyakiti sesiapa pun
TAPI
Kenapa aku dianggap berkasar dan menyakiti???

Bukan sekali tapi kerap kali perkara ini terjadi
Adakalanya sehinggakan aku rasakan
lebih baik aku tidak punya apa-apa
sekurang-kurangnya perkara seperti ini tidak berlaku
Apakah yang harus aku lakukan???
Haruskah aku terus-terusan berdepan dengan situasi sebegini???
ATAU
Aku harus pergi jauh dari mereka???




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Muncul Kembali~

Setelah lama mendiamkan diri
KINI....
Aku muncul kembali
Sebagai BABYWITCH baru...
yang lebih kuat, tabah dan cekal 
dalam menghadapi dugaan dalam hidup
KINI...Bagi aku...
Keluarga, kawan2 dan kerjaya
adalah paling utama dalam hidup aku...
MEREKA ADALAH SEGALA-GALANYA BAGI AKU....

HANYA MEREKA YANG AKU PERLUKAN DALAM HIDUP INI
DAN
ALLAH lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...

Alhamdullillah...
kerana aku ada kawan-kawan dan keluarga yang sentiasa
bersama-sama ku saat aku memerlukan

Terima kasih SEMUA...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Redha....Andai Ini TakdirNya....~

Setelah agak lama aku mendiamkan diri
Kini...
Aku kembali dengan semangat yang baru....
Harapan yang baru...
Juga impian yang baru...
Alhamdulillah...Akhirnya...
Aku redha akan takdir yang telah ditetapkan olehNya
buat aku...
Pasti ada hikmah atas apa yang telah terjadi...
Aku lebih tabah menghadapi dugaan dalam hidup ku kini...
Hanya kepada NYA ku bermohon 
agar aku mendapat yang terbaik dalam hidupku
AA Amour...
Hanyalah kenangan dalam hidup aku
Kerana semua ini 
telah banyak mengajar aku erti hidup yang sebenarnya....
Kehidupan harus diteruskan...
DAN
Kini aku lebih bahagia tanpa perlu memikirkan LELAKI...
Biarlah aku sendiri
Kerana aku tidak sanggup untuk kecewa lagi
Biarlah DIA menentukan segalanya....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Aku....Sendiri... ~

Kini..aku sendiri..
Setelah hubungan aku dan AA Amour berakhir tanpa relaku
aku telah cuba dan berusaha untuk menguatkan diriku 
agar aku tabah untuk menghadapi perpisahan ini
Walaupun adakalanya aku tewas dengan perasaan aku sendiri
Aku akui..Aku masih menyayangi AA Amour
Namun, aku harus menerima kenyataan bahawa segalanya telah berakhir
Aku harus tabah walaupun sakit yang aku rasakan 
kerana aku akan berhadapan dengannya 
selagi kami masih mencari rezeki di bawah satu bumbung
Adakalanya, aku merindui saat-saat kami bersama
walaupun hubungan kami hanya seketika
Selepas hubungan kami berakhir
adakalanya aku tidak mampu menahan rindu
membuatkan aku menghantar sms kepada AA Amour
hanya untuk menyatakan perasaan rinduku kepada AA Amour
kerana bagi aku
dengan berbuat demikian sudah cukup untuk aku melepaskan rasa sedih yang aku pendam
Walaupun bersama di bawah satu bumbung
aku cuba untuk mengelakkan diri dari terserempak dengan AA Amour
kerana melihat AA Amour akan membuatkan aku sedih, menangis
Namun
aku tidak dapat mengelak dan rasa kecamuk di dalam hati ku hanya Allah yang tahu
dan selepas itu
pastinya airmata aku akan menitis
Kini
aku masih cuba untuk melupakan AA Amour
kerana itulah kemahuannya
cuma kekadang aku gagal kerana saat-saat bersamanya sentiasa di ingatan aku
dan
aku sentiasa merindui AA Amour

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS