RSS

~Aku....Sendiri... ~

Kini..aku sendiri..
Setelah hubungan aku dan AA Amour berakhir tanpa relaku
aku telah cuba dan berusaha untuk menguatkan diriku 
agar aku tabah untuk menghadapi perpisahan ini
Walaupun adakalanya aku tewas dengan perasaan aku sendiri
Aku akui..Aku masih menyayangi AA Amour
Namun, aku harus menerima kenyataan bahawa segalanya telah berakhir
Aku harus tabah walaupun sakit yang aku rasakan 
kerana aku akan berhadapan dengannya 
selagi kami masih mencari rezeki di bawah satu bumbung
Adakalanya, aku merindui saat-saat kami bersama
walaupun hubungan kami hanya seketika
Selepas hubungan kami berakhir
adakalanya aku tidak mampu menahan rindu
membuatkan aku menghantar sms kepada AA Amour
hanya untuk menyatakan perasaan rinduku kepada AA Amour
kerana bagi aku
dengan berbuat demikian sudah cukup untuk aku melepaskan rasa sedih yang aku pendam
Walaupun bersama di bawah satu bumbung
aku cuba untuk mengelakkan diri dari terserempak dengan AA Amour
kerana melihat AA Amour akan membuatkan aku sedih, menangis
Namun
aku tidak dapat mengelak dan rasa kecamuk di dalam hati ku hanya Allah yang tahu
dan selepas itu
pastinya airmata aku akan menitis
Kini
aku masih cuba untuk melupakan AA Amour
kerana itulah kemahuannya
cuma kekadang aku gagal kerana saat-saat bersamanya sentiasa di ingatan aku
dan
aku sentiasa merindui AA Amour

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment