RSS

~THE END~

Aku sedar bahawa tidak harus bagi aku menanti lagi
namun aku masih menanti agar AA Amour kembali kepadaku
kini, kami seperti orang asing bagi AA Amour
terserempak dengan aku di sini
namun langsung tidak mengukir senyuman aptah lagi bertegur sapa dengan aku
sedih ku rasakan apabila AA Amour bersikap sebegitu rupa
namun aku masih cuba untuk menguatkan diri ku agar tidak nampak lemah di mata AA Amour
walaupun hakikatnya aku amat lemah dan tidak mampu untuk menghadapi semua ini
hari ini aku telah memberanikan diri untuk bertanyakan kepada AA Amour adakah ini tandanya berakhir hubungan kami
Dan jawapan dari AA Amour amat mengecewakan aku iaitu "errrmmm....maybe.."
apakah makna jawapan tersebut?
Kenapa begitu sukar untuk AA Amour berterus terang kepada aku???
Kenapa AA Amour perlu menggantung hubungan ini dan memberi jawapan sebegitu setelah aku bertanya
Aku amat bersedih dengan berakhirnya hubungan ini
Aku rasakan aku sudah begitu kuat untuk menerima kenyataan ini
tapi ternyata aku belum kuat untuk diduga lagi
Aku hilang arah sehingga kurasakan aku hendak pergi..
pergi jauh....jauh...dari sini...jauh dari AA Amour...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment