RSS

~ Haruskah~

Keadaan semakin menyakitkan aku
Dengan hubungan aku dan AA Amour yang dingin
dan kini ditambah lagi dengan hubungan aku dengan family yang agak renggang
tapi semuanya kerana silap aku sendiri
terlalu melayan perasaan dan masalah sendiri sehingga aku mengabaikan keluarga dan tiada masa untuk mereka
Aku penat...penat dengan semua masalah yang datang tanpa henti
kenapa aku diduga dan diuji sebegini
Masalah aku dengan family aku pendam begitu juga masalah aku dengan AA Amour
segalanya aku pendam sendiri
Kini, aku sudah tidak tahu lagi apa-apa mengenai AA Amour dan begitu juga AA Amour
Dulu, dia akan bertanya perkembangan aku, aktiviti aku namun kini semuanya sudah tiada lagi
dan aku juga sudah tidak berpeluang lagi untuk bertanya mengenai dirinya dan tiada peluang untuk memberitahunya bahawa aku akan terlibat dalam apa-apa aktiviti
Kini, aku cuba untuk tidak memikirkan hubungan kami yang aku rasakan mungkin tiada kesudahan ini dan cuba untuk memulihkan kembali hubungan aku dan family aku
Dan aku masih memikirkan apakah yang aku harus lakukan sekarang

HARUSKAH AKU MEMPERTAHANKAN HUBUNGAN YANG TAK MAMPU UNTUK AKU PERTAHANKAN????

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment